Sunday, March 28, 2010

LUKMAN RAHIMI






17032010,2303

tengah kemas-kemas nak tido. aku pun amik la fone nak simpan tengok-tengok ada missed call dari mama. amazing. sebab mama tak akan call time-time camni. mama selalu tido awal. time tu dah rasa macam tak sedap hati. aku pon call la balik mama. bila tanya mama napa call, mama cakap adik masuk wad! serentak tu aku rasa macam jantung nak luruh. aku tanya mama napa adik masuk wad? mama kata appendix. WHAT???! macam tak percaya. yala. dia baru darjah tiga. tak makan pedas. then how come boleh kena appendix?? oh god. ini la dugaan mu. tak sempat nak cakap lagi, doktor panggil. mama cakap satgi mama call balik.


lepas 10 minit camtu aku tengok ada missed call mama. aku call mama. mama cakap adik kena operate malam ni jugak. then aku pon tanya la mama camna boleh jadi and tau adik kena appendix? mama kata adik ikut maksu pi mandi air terjun. pastu maksu cakap dia muntah-muntah and badan dia panas. maksu suruh dia pi tido dalam keta. balik tu mama pi ambik dia lepas tu bawa pi klinik kmc. doktor kata just food poison. tapi mama kata bila dah makan ubat pun dia still cakap sakit perut. sakit sangat-sangat. mama pun talifon abah ajak pi kmc lagi sekali.  mama kata kali ni doktor lain pulak yang check. doktor kata appendix! seriusly. kena operate now! time tu macam-macam yang aku rasa. sebak. gundah-gulana. semua negative feelings. aku pun cakap la kat mama kata aku nak balik. tapi mama tak bagi. mama cakap takda aapa yang serius (just nak sedapkan hati aku). aku tanya mama angah dah tau belom? mama kata dak gi. mama tak dan nak bagi tau. mama suruh aku bagi tau.

lepas ja aku habis cakap dengan mama, aku call text angah tanya dia free ka tak sekarang sebab dia tengah kem. bila angah reply cakap free, aku terus call angah. mula-mula aku senyap walaupun berkali-kali angah hello. sebak. tak boleh nak berkata-kata. tapi aku gagahkan diri untuk bersuara. ayat yang pertam keluar dari mulut aku, adik masuk wad. serentak tu jugakla aku meraung. tak dapat nak tahan lagi dah. angah hanya diam. terkejut dan tak percaya. lepas dua minit camtu baru angah bersuara. dia tanya aku adik masuk wad sebab apa? aku kata appendix. mengucap panjang angah. macam mana boleh jadi macam ni? aku pun cerita la balik apa yang aku dengar dari mama tadi. bila aku dah makin tersedu-sedan, aku dah tak dapat nak meneruskan lagi cerita. angah hanya mampu cakap sudah dan berdoa sahaja mudah-mudahn semuanya selamat.

selesai saja cakap dengan angah, aku still terpaku dalam usaha meredakan perasaan yang semakin susah untuk dikawal. bila semuanya terkawal, aku bangkit meminta kepada dia. doa dan hajatku agar adik cepat sembuh dan segala-galanya berjalan lancar. sesudah memohon, aku kembali berfikir. dan kali ni, keputusanku adalah muktamad!

esok aku balik. esok aku minta dekat miss untuk buat test awal.


18032010

bangun pagi ja aku terus capai talifon. tengok kalau-kalau ada apa-apa. yes. sememangnya ada. misscall dan massage dari mama pukul 2 pagi semalam. bila aku buka massage, hati rasa lega sikit. mama cakap adik dah selamat dioperate. terima kasih yang tak terhingga ku ucapkan kepadamu kerana sudi memakbulkan kata hatiku. massage yang sama ku fowardkan kat angah.

time kat atas bas, aten ada tanya aku macam mana dengan lukman? dari ok terus bertukar kepada sebak. tak taw kenapa kali ni aku TERSANGAT lah sensitif. aku cuba untuk tahan air mata dari berderai sambil cerita kat aten. tapi, walaupun tu adalah berita gembira, aku still tak boleh kawal. sorry aten for too emosional. lepas macam dah cool sikit aku sambung bercerita. aku sampaikan hasrat aku kat aten yang aku nak balik hari ni. aten cuma setuju.

bila berada di kolej, aku pun tanya miss sama ada aku boleh buat test hari atau tak. miss bagi. selesai dah masalah. tiba-tiba aku terpikir yang aku ada lagi satu masalah. bila dah selesai semua masalah, aku hanya menunggu test. tapi yang pasti aku tak dapat nak concentrate kat test tu. jiwa aku macam bukan kat melaka lagi dah. sorry miss sebab test tu hancur. sebelum tu kat kafe, aku call mama tanya perkembangan adik dan bagi taw mama yang aku confirm balik malam ni. mama dah tak boleh nak cakap apa. dah tak boleh nak larang. habis ja aku on the fone dengan mama, aten tanya lagi macam mana adik? macam kau taw-taw ja aten kan bila time aku tengah sebak. and macam kau memang nak aku lepaskan ja bila kau tanya aku soalan tu. ok. i tell her. everything. settle.

balik hostel, aku terus packing dan siap. tiket pun tak terbeli lagi. hanya tawakkal yang aku taw. tapi nasib baik ada. hai,banyak jugak halangan haritu. aku pun tak faham kenapa. tapi disebabkan adik, aku kuatkan semangat dan sabarkan hati.


1903201, 0545

im at my home town. aku call mama cakap dah sampai. bila mama sampai, masuk ja dalam kereta aku tanya mama macam mana adik? mama pun start la bercerita dari mula sampai habis. mama kata adik tido kat kampung hari selasa sebab cousin dari kl balik. hari rabu dia ikut maksu semua pi mandi air terjun. mandi dalam 10 minit camtu dia muntah-muntah. badan dia panas. so dia rehat dalam kereta. balik rumah, mama amik bawa pi klinik kmc. mula-mula doktor cakap food poison. balik bagi makan ubat pun dia still cakap dia sakit perut sangat-sangat. mama call abah ajak pi kmc lagi. kali ni doktor lain check kata appendix. kritikal. kena buat operation malam ni jugak. then mama cakap ok. dah siap sign borang semua, letak atas strecher bawa nak masuk operation room. sebelum tu adik tanya awat mama? mama kata adik nak kena operate. nak buang appendix adik tu. adik diam tanpa kata-kata. ikut ja apa orang buat kat dia. macam dah kena pukau pun ada. mama kata kesian tengok dia time tu. pukul 2pm adik dah siap operate. tapi still dalam keadaan tak sedarkan diri. bila dia sedar, dia terus muntah. doktor cakap kesan daripada ubat bius semua. mama cakap dia asyik tido ja sebab letih dan sebab dari kesan ubat yang doktor bagi.

selama beberapa hari dok kat kmc ni dia asyik tido ja. ya la dah asyik kena ubat. lali ja la. sepanjang perjalanan mama bercerita. aku pulak menahan air mata. sampai ja kat wad, aku tengok adik tengah terbaring tido. mama kata baru ja tadi nurse mai tambah air. masa tengah cucuk tu darah memancut banyak. baru kali ni mama dengar adik mengaduh kesakitan. kesian.

time tengah sembang dengan mama adik terjaga. mama cakap kat adik tu along mai dah. adik pusing tengok aku sambil tersenyum. mungkin rindu or terharu. tapi aku? macam nak runtuh jiwa! tapi alhamdulillah sebab dah dapat tengok dia depan mata. semua kerisauan dah lenyap. yang tinggal hanya sayu dan kesedihan. seharian aku bersama dia. lega seronok semuanya ku rasa. mama dengan abah balik mandi. hanya ada, aku dan dia. ku layan dia seperti raja. bagaikan saudara yang lama terpisah. segala masalah tenteng kolej semuanya lesap seketika.

dalam pukul 11 lepas mama sampai,nurse masuk. bagi mc dan cakap adik dah boleh dismiss. HOREY! ni la rasanya perasaan adik ketika tu. arround 4 macam tu baru abah mai dismiss.


21032010

berat hati nak balik. tambah pulak bila salam dengan adik. aduh! tapi terpaksa ku abaikan semua perasaan tu.









*missed u adek. bln 4 ni kita jumpa lg. :*

0 comments: