Tuesday, January 26, 2010

PULAU LAGENDA



First day
Arrival: 8.30 PM
Date: 24th dec 09
Location: Jetty, gerai tepi jalan
Seriously this is the BEST, DELICIOUS food we ever taste! Meletop....



Second day
Location: Underwater World, Pekan Kuah, Makam Mahsuri


Third day
Location: Pulau Beras Basah, Pulau Singa, Tasik Dayang Bunting


Last day
Location: Pantai Chenang, Pekan Kuah


Sunday, January 17, 2010

UNFORGETTABLE MEMORIES





Dalam banyak-banyak chocolate ni...boleh pulak terlupa kat ferero. Nak dijadikan cerita, aku dengan family masuk mall. Pastu abah cakap amek ferero 5 kotak. Elok aku mengangkut, mama mencelah. Mama cakap tak yah amek banyak-banyak. Amek satu dulu. Kejap lagi kita pergi kedai chocolate. Aku pon letak la balik. Just amek satu ja. Pastu choclate laen pon serba satu sekadar untuk makan-makan kat hotel or dalam kereta.


Lepas habis shopping kat mall, kami pon bertolak la pergi tempat yang mama cakap tadi tu. Tempat tu kat pekan kuah. Kedai HIG (haji ismail group). Jejak ja kaki kat dalam kedai tu, aku rasa seolah-olah kena pukau. Rabun mata. Terpukau tengok chocolate yang banyak dan murah. Semua orang sibuk memilih chocolate. Seolah-olah macam berada kat pasar. Maklumla, duty free la kata kan? Sapa yang tak nak lepaskan peluang. 


Sebelum tu abah dengan mama ada cakap nak beli satu beg peti untuk letak chocolate sahaja. Time tu aku dah dapat immagine berapa banyak yang akan diangkut. Bila dah masuk dalam kedai tu, mama dengan abah sibok memilih beg yang diorang nak letak chocolate tu. Aku dengan angah pulak dah jadi macam orang hilang akal. Bila sedar ja kami terus pergi kat mama dengan abah tengok-tengok beg pastu tanya nak amek berapa ferero? Abah cakap amek 10 kotak. Aku terkejut! Tadi cakap 5. Ni 10 pulak. Tak macam banyak la pulak kan? Tapi tak pala. Bukan aku yang nak bayar. Abah yang kelurkan duit. Ikot jala. Huhu.


Dah tu, aku pon suroh angah amek bakul. Yela? Takan nak pegang banyak-banyak camtu kan? Itu pon belom masok chocolate lain lagi. Ok. Habis kat situ. Aku dengan angah pon menjalankan tugas kami - mengutip chocolate. HAHA! Tengah sibok mengutip MnM, tiba-tiba ada sorang pakcik tegur kami. Dia terkejut tengok kami mengagkut chocolate yang dah penuh satu bakul. Itu baru part kami. Belom masok part mama dengan abah lagi. Mama tengah ambil yang orang pesan. Abah pula part kawan pejabat dia.


Bila time nak bayar, nah. Dua bakul penoh. Amek kau. Haha. Cashier tu pon scan la semua. Ting! Total semua, RM408. Lawan tengok aku dengan angah. Pastu kami senyum kat abah. Yala? Chocolate kami yang paling banyak? Hehe.


Pastu kami pon sumbat la semua chocolate-chocolate tu dalam beg. Mula-mula tak muat. Lepas pekerja kat situ tolong,baru la muat. Malu pon ada. Hehe. Tapi, terima kasih la ye sebab tolong? Huhu. So? Tukang sorong beg tu, adik. Nasib ada adik. Dah letak barang dalam but, mama pulak pergi shopping pinggan magkuk. Mula -mula kami pon joint la sekali masok meronda. Tiba-tiba ada cina dengan bagla gadoh kat dalam tu. Scary. Aku dengan angah terus cabut. Tunggu kat luar. Tengok-tengok abah dengan adik baik punya minum and makan-makan kat luar. Kami pon tumpang sekaki. Penat gila. Lapar pon ada. Yela sehari just breakfast ja. Apalagi? Pekena rojak dulu..huhu.


Balik, simpan barang dalam hotel washup semua dulu baru keluar makan. Habis ja order, abah ajak pergi bank. Angah pon sibok nak ikot. Bila dah amek duit, abah ajak masok mall. Dia nak tengok sandal. Tengok punya tengok, try punya try, dapat la scholl sorang satu - abah,mama,aku. Balik, makan, jalan-jalan kat gerai tepi jalan, pastu pergi pesta. Crocs pula menjadi sasaran. Huhu.


Bila dah balik rumah, punggah semua barang, masok chocolate dalam freezer, baru la notice yang something are missing.... Ferero tak angkot la kat  kedai chocolate tu! Maampos! Nak jawap apa ni kat abah...? Adoiyai... Takot. Tapi terpaksa jugak bagitau. Nasib baik tak kena marah. Tapi yang pasti, abah cakap esok along dengah angah pergi balik langkawi beli ferero. Sapa suroh tak amek? Padan muka. Tapi nasib baik la just joke. Kalau betol-betol, kes naya ooo... Bila di ingat balik, kelakar pon ada. Macam mana la boleh miss? Haiya.. Angah la ni. Orang suroh dia amek bakul angkut ferero, dia angkut chocolate dia. Tapi takpala. Orang cakap tak ralat mana pon sebab boleh nak dikatakan semua dah beli. Tu ja yang miss. Abah dengan mama cakap, punya banyak shopping, dekat RM500 habis kat chocolate saja, tak amek ferero? Betuah punya budak. Aku pon cakap balik kat abah dengan mama tu tandanya dia nak kita pergi lagi.. Hehe.






Pengajaranya kat sini, buat la list. HAHA ! :p

Saturday, January 16, 2010

BORED


Kebosanan yang melampau. Ini la hakikatnya bila duduk hostel. Bosan sampaikan dah buntu. Dah tak tau nak buat apa lagi. Dah penat meronda laman web. Dah letih mengeksplore internet. Lagi membosankan bila dua orang mulot becok tak ada di bilik. Aten dah balik jumpa krol semalam tumpang feenaz,ain dengan chriz. Tuptup pagi tadi ana pulak blah. Dia cakap cousin dia ajak keluar. Alih-alih dia massage cakap dia tak balik malam ni sebab apa tah? Sekarang ni yang tinggal kat bilik just aku dengan najwa ja. Masing-masing melayan perasaan. Si najwa dari tadi melayan korean movie. Aku ni pulak dah macam-macam benda buat. Mula-mula dengar lagu. Pastu main game. Dah tu online sampai la sekarang sambil-sambil download movie. Hai...nasib nasib. Nak keluar, dah bosan menataap melaka ni. Jelous kat wan pon ada sebab dia balik rumah malam ni. Tiba-tiba rasa rindu rumah. Alangkah bestnya bila ada kat rumah pada saat dan tika ni. Sobs.

Monday, January 11, 2010

Fast Update

Heyy.. dah lama aku tak update blog ni.
banyak keja and busy pon ada. sampaikan tak sempat nak touchup. haha.
takpela. nanti bila dah ada masa terluang nanti aku sentuh la sikit2.huhu.
babai..