Tuesday, April 6, 2010

64 duapuluh 10

http://emo.huhiho.com

HELLO.
aku kembali.
maseh hidop.
tak gone going lagi pon..
just taktau nak post apa ja..huhu.
kesihatan?
Alhamdulillah ok.
korang?
hopefully bahgia hendaknya.hee..

ok la ok la. before lari tajuk dan melalut macam2 lagi baik aku terus ja cerita. actually i just want to share my experience with you all semua. tadi aku dengan member2 plan nak pegi tesco. beli barang sikit. tunggu punya tunggu baru bas ada.. yang naik bas dengan kitorang masa tu cuma budak india ja sorang. ok lah part tu. nak dijadikan cerita.. aku ada dengar konduktor bas tu macam cakap something. tapi tak jelas. bila dengar betul2, rupanya konduktor tu tengah cakap dengan budak india tadi tu. and he is speaking in her language. TAMIL. http://emo.huhiho.com yes thats right. fasih gila. and he is chinese.

that indian girl pun ramah. slumber ja dia tegur budak uitm who is sitting beside her. tanya nak pegi mana, dah makan ke belom... huish... kalau aku mak budak tu, bukan takat sejuk perut. hati jantung semua cukup.

after dah sampai kat stesen bas, kitorang nak pegi soru dulu. tapi before tu nak pegi la add some more cash... incase terbekenan something or terlebih menggapai ka...huhu.
tapi, CEH! ATM is under service. damn..
takpe la. hasrat dibatalkan. just pegi teman my fren ja.
lepas tu kitorang pun pegi la untuk mengisi perut kat kedai yang disuggestkan oleh cik FN ni..
ok. not bad. eloh tengah makan sambil borak2, aku nampak dah dua orang mamat negro ni.
tiba2 dia datang tengok lauk and you know what???
he is speaking our language. BAHASA MALAYSIA.
http://emo.huhiho.com

fasih beb wa cakap lu... macam rakyat malaysia sejati. dan soalan yang dia tanya kat abang kedai tu 'ada gula tak 2x?'. bukan aku ja yang pelik bila dia tanya macam tu. abang kedai tu pun sama. then baru la kitorang faham bila dia cakap 'orang afrika tak makan gula'. ok...FAKTA di situ. tak pasal2 dah gain knowledge free2 je kat situ. tapi taktau la aku kalau ada yang dah tau fakta tu. yang bestnya, bukan dia sorang ja. semua kawan2 dia pon boleh cakap melayu. huu (kagum gila).

TAPI.
yang menjadi persoalan sekarang ni kat aku, kalau si negro tadi tu cakap orang afrika tak makan gula, habes air gas? coke? bukan ke diorang minum? kan kan??http://emo.huhiho.com 
ha..tu yang pelik tu. anyone can answer me? kalau ikutkan hati, nak je aku tanya si negro yang berbahasa melayu tu. tapi tak berani. takut. haha loser disitu. so aku just pendamkan jela hasrat tu and tanya je kat kengkawan internet aku kalau2 diorang tau..


humm..aku rasa cukup jela kot entry aku kali ni. mau mandi. hehe. see you guys kat entry yang akan datang (taktau bila pulak aku nak choret.haha).

http://emo.huhiho.com http://emo.huhiho.com

Sunday, March 28, 2010

Annoying



kalau boleh aku rasa macam nak panjat gunung sekarang ni dan menjerit sepuas-puasnya. tapi aku tak boleh. aku tak taw kenapa. aku tak pasti mengapa. aku tak taw macam mana nak cakap lagi dah. tak taw macam mana nak luahkan. tak taw nak terangkan lagi apa yang dah TERANG MENERANG dekat aku tapi pada kau, masih lagi berkabus. yang aku pasti sekarang ni aku tak boleh nak bercakap dengan kau. nak bukak mulut sebut A pun susah. tambah lagi la B. rasa menyampah! walaupun pada mulanya aku tengah huha-huha dengan kawan-kawan aku, tapi bila dengar ja ringtone all ready gone tu mood aku terus berubah. dari suka jadi meluat. dari sayang jadi benci. dari seronok jadi sakit hati. macam-macam lagi lah! tapi kau masih lagi tak faham kan apa yang aku cuba katakan dan  sampaikan kat kau. tu la bahagian yang paling aku SUSAH sangat nak faham kat kau. dah aku cakap tak tu tak la. bukannya ya. haih.. bila kau paksa aku cakap, aku cakap. tapi kau pulak yang tak dapat terima. apa kes ni bai? HAKIKAT nya sekarang ni, memang susah nak berkata-kata dengan orang macam kau. ok dah. bye.





LUKMAN RAHIMI






17032010,2303

tengah kemas-kemas nak tido. aku pun amik la fone nak simpan tengok-tengok ada missed call dari mama. amazing. sebab mama tak akan call time-time camni. mama selalu tido awal. time tu dah rasa macam tak sedap hati. aku pon call la balik mama. bila tanya mama napa call, mama cakap adik masuk wad! serentak tu aku rasa macam jantung nak luruh. aku tanya mama napa adik masuk wad? mama kata appendix. WHAT???! macam tak percaya. yala. dia baru darjah tiga. tak makan pedas. then how come boleh kena appendix?? oh god. ini la dugaan mu. tak sempat nak cakap lagi, doktor panggil. mama cakap satgi mama call balik.


lepas 10 minit camtu aku tengok ada missed call mama. aku call mama. mama cakap adik kena operate malam ni jugak. then aku pon tanya la mama camna boleh jadi and tau adik kena appendix? mama kata adik ikut maksu pi mandi air terjun. pastu maksu cakap dia muntah-muntah and badan dia panas. maksu suruh dia pi tido dalam keta. balik tu mama pi ambik dia lepas tu bawa pi klinik kmc. doktor kata just food poison. tapi mama kata bila dah makan ubat pun dia still cakap sakit perut. sakit sangat-sangat. mama pun talifon abah ajak pi kmc lagi sekali.  mama kata kali ni doktor lain pulak yang check. doktor kata appendix! seriusly. kena operate now! time tu macam-macam yang aku rasa. sebak. gundah-gulana. semua negative feelings. aku pun cakap la kat mama kata aku nak balik. tapi mama tak bagi. mama cakap takda aapa yang serius (just nak sedapkan hati aku). aku tanya mama angah dah tau belom? mama kata dak gi. mama tak dan nak bagi tau. mama suruh aku bagi tau.

lepas ja aku habis cakap dengan mama, aku call text angah tanya dia free ka tak sekarang sebab dia tengah kem. bila angah reply cakap free, aku terus call angah. mula-mula aku senyap walaupun berkali-kali angah hello. sebak. tak boleh nak berkata-kata. tapi aku gagahkan diri untuk bersuara. ayat yang pertam keluar dari mulut aku, adik masuk wad. serentak tu jugakla aku meraung. tak dapat nak tahan lagi dah. angah hanya diam. terkejut dan tak percaya. lepas dua minit camtu baru angah bersuara. dia tanya aku adik masuk wad sebab apa? aku kata appendix. mengucap panjang angah. macam mana boleh jadi macam ni? aku pun cerita la balik apa yang aku dengar dari mama tadi. bila aku dah makin tersedu-sedan, aku dah tak dapat nak meneruskan lagi cerita. angah hanya mampu cakap sudah dan berdoa sahaja mudah-mudahn semuanya selamat.

selesai saja cakap dengan angah, aku still terpaku dalam usaha meredakan perasaan yang semakin susah untuk dikawal. bila semuanya terkawal, aku bangkit meminta kepada dia. doa dan hajatku agar adik cepat sembuh dan segala-galanya berjalan lancar. sesudah memohon, aku kembali berfikir. dan kali ni, keputusanku adalah muktamad!

esok aku balik. esok aku minta dekat miss untuk buat test awal.


18032010

bangun pagi ja aku terus capai talifon. tengok kalau-kalau ada apa-apa. yes. sememangnya ada. misscall dan massage dari mama pukul 2 pagi semalam. bila aku buka massage, hati rasa lega sikit. mama cakap adik dah selamat dioperate. terima kasih yang tak terhingga ku ucapkan kepadamu kerana sudi memakbulkan kata hatiku. massage yang sama ku fowardkan kat angah.

time kat atas bas, aten ada tanya aku macam mana dengan lukman? dari ok terus bertukar kepada sebak. tak taw kenapa kali ni aku TERSANGAT lah sensitif. aku cuba untuk tahan air mata dari berderai sambil cerita kat aten. tapi, walaupun tu adalah berita gembira, aku still tak boleh kawal. sorry aten for too emosional. lepas macam dah cool sikit aku sambung bercerita. aku sampaikan hasrat aku kat aten yang aku nak balik hari ni. aten cuma setuju.

bila berada di kolej, aku pun tanya miss sama ada aku boleh buat test hari atau tak. miss bagi. selesai dah masalah. tiba-tiba aku terpikir yang aku ada lagi satu masalah. bila dah selesai semua masalah, aku hanya menunggu test. tapi yang pasti aku tak dapat nak concentrate kat test tu. jiwa aku macam bukan kat melaka lagi dah. sorry miss sebab test tu hancur. sebelum tu kat kafe, aku call mama tanya perkembangan adik dan bagi taw mama yang aku confirm balik malam ni. mama dah tak boleh nak cakap apa. dah tak boleh nak larang. habis ja aku on the fone dengan mama, aten tanya lagi macam mana adik? macam kau taw-taw ja aten kan bila time aku tengah sebak. and macam kau memang nak aku lepaskan ja bila kau tanya aku soalan tu. ok. i tell her. everything. settle.

balik hostel, aku terus packing dan siap. tiket pun tak terbeli lagi. hanya tawakkal yang aku taw. tapi nasib baik ada. hai,banyak jugak halangan haritu. aku pun tak faham kenapa. tapi disebabkan adik, aku kuatkan semangat dan sabarkan hati.


1903201, 0545

im at my home town. aku call mama cakap dah sampai. bila mama sampai, masuk ja dalam kereta aku tanya mama macam mana adik? mama pun start la bercerita dari mula sampai habis. mama kata adik tido kat kampung hari selasa sebab cousin dari kl balik. hari rabu dia ikut maksu semua pi mandi air terjun. mandi dalam 10 minit camtu dia muntah-muntah. badan dia panas. so dia rehat dalam kereta. balik rumah, mama amik bawa pi klinik kmc. mula-mula doktor cakap food poison. balik bagi makan ubat pun dia still cakap dia sakit perut sangat-sangat. mama call abah ajak pi kmc lagi. kali ni doktor lain check kata appendix. kritikal. kena buat operation malam ni jugak. then mama cakap ok. dah siap sign borang semua, letak atas strecher bawa nak masuk operation room. sebelum tu adik tanya awat mama? mama kata adik nak kena operate. nak buang appendix adik tu. adik diam tanpa kata-kata. ikut ja apa orang buat kat dia. macam dah kena pukau pun ada. mama kata kesian tengok dia time tu. pukul 2pm adik dah siap operate. tapi still dalam keadaan tak sedarkan diri. bila dia sedar, dia terus muntah. doktor cakap kesan daripada ubat bius semua. mama cakap dia asyik tido ja sebab letih dan sebab dari kesan ubat yang doktor bagi.

selama beberapa hari dok kat kmc ni dia asyik tido ja. ya la dah asyik kena ubat. lali ja la. sepanjang perjalanan mama bercerita. aku pulak menahan air mata. sampai ja kat wad, aku tengok adik tengah terbaring tido. mama kata baru ja tadi nurse mai tambah air. masa tengah cucuk tu darah memancut banyak. baru kali ni mama dengar adik mengaduh kesakitan. kesian.

time tengah sembang dengan mama adik terjaga. mama cakap kat adik tu along mai dah. adik pusing tengok aku sambil tersenyum. mungkin rindu or terharu. tapi aku? macam nak runtuh jiwa! tapi alhamdulillah sebab dah dapat tengok dia depan mata. semua kerisauan dah lenyap. yang tinggal hanya sayu dan kesedihan. seharian aku bersama dia. lega seronok semuanya ku rasa. mama dengan abah balik mandi. hanya ada, aku dan dia. ku layan dia seperti raja. bagaikan saudara yang lama terpisah. segala masalah tenteng kolej semuanya lesap seketika.

dalam pukul 11 lepas mama sampai,nurse masuk. bagi mc dan cakap adik dah boleh dismiss. HOREY! ni la rasanya perasaan adik ketika tu. arround 4 macam tu baru abah mai dismiss.


21032010

berat hati nak balik. tambah pulak bila salam dengan adik. aduh! tapi terpaksa ku abaikan semua perasaan tu.









*missed u adek. bln 4 ni kita jumpa lg. :*

Tuesday, January 26, 2010

PULAU LAGENDA



First day
Arrival: 8.30 PM
Date: 24th dec 09
Location: Jetty, gerai tepi jalan
Seriously this is the BEST, DELICIOUS food we ever taste! Meletop....



Second day
Location: Underwater World, Pekan Kuah, Makam Mahsuri


Third day
Location: Pulau Beras Basah, Pulau Singa, Tasik Dayang Bunting


Last day
Location: Pantai Chenang, Pekan Kuah


Sunday, January 17, 2010

UNFORGETTABLE MEMORIES





Dalam banyak-banyak chocolate ni...boleh pulak terlupa kat ferero. Nak dijadikan cerita, aku dengan family masuk mall. Pastu abah cakap amek ferero 5 kotak. Elok aku mengangkut, mama mencelah. Mama cakap tak yah amek banyak-banyak. Amek satu dulu. Kejap lagi kita pergi kedai chocolate. Aku pon letak la balik. Just amek satu ja. Pastu choclate laen pon serba satu sekadar untuk makan-makan kat hotel or dalam kereta.


Lepas habis shopping kat mall, kami pon bertolak la pergi tempat yang mama cakap tadi tu. Tempat tu kat pekan kuah. Kedai HIG (haji ismail group). Jejak ja kaki kat dalam kedai tu, aku rasa seolah-olah kena pukau. Rabun mata. Terpukau tengok chocolate yang banyak dan murah. Semua orang sibuk memilih chocolate. Seolah-olah macam berada kat pasar. Maklumla, duty free la kata kan? Sapa yang tak nak lepaskan peluang. 


Sebelum tu abah dengan mama ada cakap nak beli satu beg peti untuk letak chocolate sahaja. Time tu aku dah dapat immagine berapa banyak yang akan diangkut. Bila dah masuk dalam kedai tu, mama dengan abah sibok memilih beg yang diorang nak letak chocolate tu. Aku dengan angah pulak dah jadi macam orang hilang akal. Bila sedar ja kami terus pergi kat mama dengan abah tengok-tengok beg pastu tanya nak amek berapa ferero? Abah cakap amek 10 kotak. Aku terkejut! Tadi cakap 5. Ni 10 pulak. Tak macam banyak la pulak kan? Tapi tak pala. Bukan aku yang nak bayar. Abah yang kelurkan duit. Ikot jala. Huhu.


Dah tu, aku pon suroh angah amek bakul. Yela? Takan nak pegang banyak-banyak camtu kan? Itu pon belom masok chocolate lain lagi. Ok. Habis kat situ. Aku dengan angah pon menjalankan tugas kami - mengutip chocolate. HAHA! Tengah sibok mengutip MnM, tiba-tiba ada sorang pakcik tegur kami. Dia terkejut tengok kami mengagkut chocolate yang dah penuh satu bakul. Itu baru part kami. Belom masok part mama dengan abah lagi. Mama tengah ambil yang orang pesan. Abah pula part kawan pejabat dia.


Bila time nak bayar, nah. Dua bakul penoh. Amek kau. Haha. Cashier tu pon scan la semua. Ting! Total semua, RM408. Lawan tengok aku dengan angah. Pastu kami senyum kat abah. Yala? Chocolate kami yang paling banyak? Hehe.


Pastu kami pon sumbat la semua chocolate-chocolate tu dalam beg. Mula-mula tak muat. Lepas pekerja kat situ tolong,baru la muat. Malu pon ada. Hehe. Tapi, terima kasih la ye sebab tolong? Huhu. So? Tukang sorong beg tu, adik. Nasib ada adik. Dah letak barang dalam but, mama pulak pergi shopping pinggan magkuk. Mula -mula kami pon joint la sekali masok meronda. Tiba-tiba ada cina dengan bagla gadoh kat dalam tu. Scary. Aku dengan angah terus cabut. Tunggu kat luar. Tengok-tengok abah dengan adik baik punya minum and makan-makan kat luar. Kami pon tumpang sekaki. Penat gila. Lapar pon ada. Yela sehari just breakfast ja. Apalagi? Pekena rojak dulu..huhu.


Balik, simpan barang dalam hotel washup semua dulu baru keluar makan. Habis ja order, abah ajak pergi bank. Angah pon sibok nak ikot. Bila dah amek duit, abah ajak masok mall. Dia nak tengok sandal. Tengok punya tengok, try punya try, dapat la scholl sorang satu - abah,mama,aku. Balik, makan, jalan-jalan kat gerai tepi jalan, pastu pergi pesta. Crocs pula menjadi sasaran. Huhu.


Bila dah balik rumah, punggah semua barang, masok chocolate dalam freezer, baru la notice yang something are missing.... Ferero tak angkot la kat  kedai chocolate tu! Maampos! Nak jawap apa ni kat abah...? Adoiyai... Takot. Tapi terpaksa jugak bagitau. Nasib baik tak kena marah. Tapi yang pasti, abah cakap esok along dengah angah pergi balik langkawi beli ferero. Sapa suroh tak amek? Padan muka. Tapi nasib baik la just joke. Kalau betol-betol, kes naya ooo... Bila di ingat balik, kelakar pon ada. Macam mana la boleh miss? Haiya.. Angah la ni. Orang suroh dia amek bakul angkut ferero, dia angkut chocolate dia. Tapi takpala. Orang cakap tak ralat mana pon sebab boleh nak dikatakan semua dah beli. Tu ja yang miss. Abah dengan mama cakap, punya banyak shopping, dekat RM500 habis kat chocolate saja, tak amek ferero? Betuah punya budak. Aku pon cakap balik kat abah dengan mama tu tandanya dia nak kita pergi lagi.. Hehe.






Pengajaranya kat sini, buat la list. HAHA ! :p

Saturday, January 16, 2010

BORED


Kebosanan yang melampau. Ini la hakikatnya bila duduk hostel. Bosan sampaikan dah buntu. Dah tak tau nak buat apa lagi. Dah penat meronda laman web. Dah letih mengeksplore internet. Lagi membosankan bila dua orang mulot becok tak ada di bilik. Aten dah balik jumpa krol semalam tumpang feenaz,ain dengan chriz. Tuptup pagi tadi ana pulak blah. Dia cakap cousin dia ajak keluar. Alih-alih dia massage cakap dia tak balik malam ni sebab apa tah? Sekarang ni yang tinggal kat bilik just aku dengan najwa ja. Masing-masing melayan perasaan. Si najwa dari tadi melayan korean movie. Aku ni pulak dah macam-macam benda buat. Mula-mula dengar lagu. Pastu main game. Dah tu online sampai la sekarang sambil-sambil download movie. Hai...nasib nasib. Nak keluar, dah bosan menataap melaka ni. Jelous kat wan pon ada sebab dia balik rumah malam ni. Tiba-tiba rasa rindu rumah. Alangkah bestnya bila ada kat rumah pada saat dan tika ni. Sobs.

Monday, January 11, 2010

Fast Update

Heyy.. dah lama aku tak update blog ni.
banyak keja and busy pon ada. sampaikan tak sempat nak touchup. haha.
takpela. nanti bila dah ada masa terluang nanti aku sentuh la sikit2.huhu.
babai..